Pengunjung gempar pasar raya terbakar

Pasukan bomba giat melakukan pemadaman di lokasi kejadian.
Pasukan bomba giat melakukan pemadaman di lokasi kejadian.
A
A
A

IPOH - Pengunjung sebuah pasar raya di Gugusan Manjoi dekat sini gempar apabila bahagian atas bangunan terbabit terbakar pada Ahad.

Kejadian sekitar jam 6.45 petang itu disedari pengunjung apabila api marak membakar struktur tingkat dua bangunan terbabit yang menempatkan seksyen pakaian dan barang elektrik.

Penduduk sekitar Manjoi melihat kebakaran yang memusnahkan tingkat 2 pasar raya di Manjoi.
Penduduk sekitar Manjoi melihat kebakaran yang memusnahkan tingkat 2 pasar raya di Manjoi.

Seramai 41 kakitangan bersama 200 pengunjung berjaya dibawa keluar dan pasukan bomba kini giat melakukan pemadaman.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, bomba menerima panggilan berhubung kejadian terbabit pada jam 7.09 malam dan sepasukan bomba dari Balai Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh dikejarkan ke tempat kejadian.

Pekerja dan pengunjung melihat kebakaran bangunan pasar raya di Manjoi pada Ahad.
Pekerja dan pengunjung melihat kebakaran bangunan pasar raya di Manjoi pada Ahad.



"Bomba mendapat panggilan menyatakan terdapat asap di bilik suis Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebelum berlaku kebakaran di tingkat atas," katanya.

Artikel Berkaitan:


Menurutnya, setakat ini tiada mangsa dilaporkan terlibat dan pasukan bomba masih berusaha memadam kebakaran.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28