Mayat bayi perempuan ditemui dalam parit

Mayat bayi perempuan ditemukan terbaring dalam parit di Seri Iskandar pada Ahad. - Foto: Ihsan pembaca
Mayat bayi perempuan ditemukan terbaring dalam parit di Seri Iskandar pada Ahad. - Foto: Ihsan pembaca
A
A
A

PARIT - Mayat bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemukan dalam parit berhampiran tapak pembinaan Hospital Seri Iskandar di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, laporan penemuan mayat bayi tanpa seurat benang itu diterima sekitar jam 3.15 petang.

"Mayat ditemui dalam keadaan terbaring dan tenggelam di dasar parit dengan terdapat kesan tali pusat telah dipotong.

"Pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan ditemukan pada fizikal mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut beliau, mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Changkat Melintang untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah, Inspektor Mohamad Zulkarnaiin Jusoh di talian 013-9740294 bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan: