Lelaki rempuh pintu pagar Istana Buckingham ditahan polis

Seorang lelaki ditahan selepas merempuh pintu pagar Istana Buckingham dengan kereta dipandunya pada pagi Sabtu. Foto 123RF
Seorang lelaki ditahan selepas merempuh pintu pagar Istana Buckingham dengan kereta dipandunya pada pagi Sabtu. Foto 123RF
A
A
A

LONDON - Seorang lelaki telah ditahan selepas merempuh pintu pagar Istana Buckingham di tengah London dengan kereta dipandunya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Polis Metropolitan berkata, pegawai polis bersenjata menahan lelaki itu di tempat kejadian kerana disyaki melakukan kerosakan harta benda dan beliau telah dibawa ke hospital.

Menurut Scotland Yard, kereta suspek 'berlanggar dengan pintu pagar' kediaman diraja itu pada 2.30 pagi Sabtu.

Seorang jurucakap polis berkata, tiada laporan mengenai sebarang kecederaan dan kes sedang disiasat untuk mengenal pasti punca kejadian. Bernama-dpa

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: