Sila log masuk terlebih dahulu.

Ditawar RM25,000 untuk jual ayam serama Yellow MG

A
A
A

BERITA SEMASA 10 MAC 2024

Seekor ayam serama yang berusia setahun ditawar untuk dibeli dengan nilai RM25,000, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.

Tawaran beberapa kali untuk memiliki ayam serama bernama Yellow MG dari Terengganu itu bagaimanapun ditolak oleh pemiliknya, Nasarudin Mat Ali, 37, kerana terlalu sayang akan binatang peliharaan tersebut.

Joki ayam itu, Mohd Hilmi Mohd Ali, 38, berkata, Yellow MG diibaratkan ayam serama satu dalam seribu kerana memiliki ‘perangai’ yang memukau sekali gus menjadi rebutan peminat.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/653656/edisi/kelantan/ditawar-rm25000-untuk-jual-ayam-serama-yellow-mg#google_vignette

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #AyamSerama #Kelantan