Dua lelaki didakwa bunuh kakitangan MPM

Saravanan (kanan) dan Thamilselvan dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat atas pertuduhan menyebabkan kematian kakitangan MPM, bulan lalu.
Saravanan (kanan) dan Thamilselvan dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat atas pertuduhan menyebabkan kematian kakitangan MPM, bulan lalu.
A
A
A

LUMUT - Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang kakitangan Majlis Perbandaran Manjung (MPM), bulan lalu.

Tukang cuci kenderaan, M Saravanan, 43, dan penganggur, M Thamilselvan, 48, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret T Kavita.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh berikutan kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama dengan sengaja telah menyebabkan kematian M Segar, 45, di sebuah rumah di Taman Biru dekat Ayer Tawar antara jam 5 pagi hingga 9 malam, 10 Februari lalu.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hairol Jemain manakala kedua-dua tertuduh diwakili oleh peguam RR Segar.

Mahkamah menetapkan 18 April depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia dan bedah siasat.

Pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hairol Jemain manakala kedua-dua tertuduh diwakili oleh peguam RR Segar.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!