‘Kalau nak kahwin, saya jemput semua’ - Nabila

Noor Nabila
Noor Nabila
A
A
A

USAHAWAN yang juga kakak kepada selebriti Neelofa iaitu Noor Nabila menamatkan spekulasi netizen bahawa dia bakal berkahwin buat kali keempat.

Jelas bekas isteri Sharnaaz Ahmad itu, dia akan berkongsi sekiranya ada berita gembira mengenai perkara tersebut.

“Kalau saya kahwin, saya akan jemput semua wartawan di Malaysia. Jangan risau. Buat masa ini belum lagi,” ujar Nabila menerusi hantaran di Insta Story miliknya.

Dalam masa sama, Nabila turut berkongsi beberapa keping gambar sesi rakaman program bual bicara Next To Neelofa, memperlihatkan dia menggayakan busana sama yang mengundang spekulasi ramai bahawa ibu kepada Jebat Jayden itu kembali bergelar isteri.

Turut sama dalam rakaman itu adalah adik bongsunya, Ameera Khan, 23 tahun.

Terdahulu, Nabila berkongsi gambar di Instagram dengan kapsyen tanda hati dan menyaksikan dia menggayakan busana berwarna biru lembut sekali gus mengundang tanggapan ramai bahawa wanita berusia 39 tahun itu kembali berpasangan.

Untuk rekod Nabila sebelum ini pernah bernikah dengan Sharnaaz Ahmad pada April 2017 namun berpisah pada 9 Julai 2020.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia 6 tahun.

Artikel Berkaitan:

Nabila kembali mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 19 Mac 2021 dan mereka sah bercerai September tahun lalu.