Sila log masuk terlebih dahulu.

Sharnaaz Ahmad dilepas bebas kes cedera ‘pak guard’

17 November 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
MOJO LIVE 17 NOVEMBER 2023

Pelakon, Sharnaaz Ahmad dilepas dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium, tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Azlida Alimin.

Pada 2 Mei lalu, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad mengemukakan representasi untuk menggugurkan pertuduhan menumbuk seorang pengawal keselamatan yang juga penghuni di sebuah kondominium.

Pelakon drama bersiri 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Izzul Islam Awang, 27, di kawasan lif, pintu masuk sebuah blok di sebuah kondominium di Jalan Dutamas di sini pada jam 8.30 malam, 16 Jun 2022.

Bapa kepada seorang anak lelaki ini, dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/634946/berita/semasa/sharnaaz-ahmad-dilepas-bebas-kes-cedera-pak-guard

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini #MojoLive