JPJ KL kutip lebih RM300,000 lelong kenderaan

JPJ Kuala Lumpur melaksanakan lelongan kenderaan yang dihadiri 75 pembida pada Rabu.
JPJ Kuala Lumpur melaksanakan lelongan kenderaan yang dihadiri 75 pembida pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur merekodkan 134 lelongan kenderaan sita dengan jumlah RM328,740 yang berlangsung di Dewan Merpati, di sini pada Rabu.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Mohd Zaki Ismail berkata, acara lelongan siri 1/2024 itu bermula jam 9 pagi.

"Daripada 134 buah lelongan kenderaan itu, sebanyak 105 adalah boleh dilesenkan dan tidak boleh dilesenkan atau skrap (29 buah).

"Hasil jualan kenderaan lelong bernilai RM328,740 di mana jumlah lelongan awam tertinggi ialah RM69,300 membabitkan sebuah lori sampah," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, semua kenderaan yang dilelong telah disita atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Seramai 75 pembida hadir pada acara lelongan itu dan mereka yang berjaya membida kenderaan hendaklah menyelesaikan urusan pertukaran hak milik kenderaan dalam tempoh tujuh hari.
Seramai 75 pembida hadir pada acara lelongan itu dan mereka yang berjaya membida kenderaan hendaklah menyelesaikan urusan pertukaran hak milik kenderaan dalam tempoh tujuh hari.

Ujarnya, pembida yang hadir perlu membeli dokumen lelongan awam berharga RM100 yang dibuka jualannya selama 15 hari bermula dari 20 Februari hingga 5 Mac.

"Seramai 75 pembida hadir pada acara lelongan itu dan mereka yang berjaya membida kenderaan hendaklah menyelesaikan urusan pertukaran hak milik kenderaan dalam tempoh tujuh hari," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!