Wanita perlu rebut peluang e-dagang - Qiu Xuan

Lazada platform terbaik optimumkan perniagaan

 Teh Qiu Xuan mampu berbangga dengan hasil usahanya yang berjaya mengembangkan perniagaan menjual produk karakter berlesen menerusi platform e-dagang terkemuka, Lazada.
Teh Qiu Xuan mampu berbangga dengan hasil usahanya yang berjaya mengembangkan perniagaan menjual produk karakter berlesen menerusi platform e-dagang terkemuka, Lazada.
A
A
A

SHAH ALAM - Sempena memperingati Hari Wanita Sedunia 2024, Lazada dengan bersemangat mempersembahkan siri foto perkongsian istimewa yang memaparkan enam usahawan wanita luar biasa dari Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Siri foto yang menggerakkan hati ini bertujuan meraikan kekuatan, ketabahan serta kejayaan mereka yang menginspirasi di Lazada. Dengan latar belakang yang pelbagai dan cerita yang unik, wanita-wanita ini mewakili semangat ketegasan dan inovasi untuk memberdayakan usahawan wanita lain yang berpotensi.

Mewakili Malaysia ialah Teh Qiu Xuan, 27, yang mana walaupun masih di usia muda, beliau mampu berbangga dengan hasil usahanya yang berjaya mengembangkan perniagaan menjual produk karakter berlesen menerusi platform e-dagang terkemuka, Lazada.

Memulakan perniagaan itu di bawah nama KOMIC sejak berusia 16 tahun, KOMIC kini telah dikenali umum sebagai kedai online pilihan utama para peminat karakter berlesen meliputi watak kartun, animasi serta filem dalam pelbagai rangkaian produk seperti kelengkapan sekolah, botol minuman, permainan, buku nota, beg dan sebagainya.

Menurut Qiu Xuan, dorongan untuk memulakan perniagaan itu mula tercetus selepas melihat bapanya melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara keluarga.

“Niat saya (memulakan perniagaan) untuk membantu meringankan beban keluarga saya. Walaupun masih muda, saya cuba belajar dengan cepat untuk memahami selok-belok menguruskan perniagaan e-dagang.

“Kalau dulu pada peringkat awal saya menguruskan dengan abang saya. Hari ini, KOMIC ada 15 kakitangan dengan dua buah gudang dan sebuah gerai Disney di Pulau Pinang,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Malah, KOMIC ketika ini merupakan pengedar sah bagi barangan karakter berlesen jenama tempatan serta antarabangsa seperti siri animasi dan filem antaranya Boboiboy, Didi & Friends, Marvel, Star Wars dan Paw Patrol.

Artikel Berkaitan:

Inovasi

Kejayaan Qiu Xuan itu tidak datang bergolek, sebaliknya ia disusuli dengan kemampuannya melakukan inovasi serta memanfaatkan platform e-dagang yang disediakan oleh Lazada seperti Penasihat Perniagaan (Business Advisor), Pembina Kedai (Store Builder) yang terbukti berjaya mengoptimumkan operasi KOMIC.

Selain itu, beliau turut mengadaptasi strategi ‘dalam kepada luar talian’ atau online-to-offline bagi mendapatkan pandangan yang lebih mendalam tentang keutamaan serta tingkah laku pelanggannya.

Pencapaian

Atas kejayaan KOMIC itu, Qiu Xuan telah diberikan kepercayaan sebagai Duta Penjual Lazada di Pulau Pinang.

 Qiu Xuan telah diberikan kepercayaan sebagai Duta Penjual Lazada di Pulau Pinang.
Qiu Xuan telah diberikan kepercayaan sebagai Duta Penjual Lazada di Pulau Pinang.

Malah, beliau turut bersedia berkongsi pengetahuan serta pengalamannya kepada usahawan lain khususnya golongan wanita yang ingin menceburi bidang perniagaan menerusi platform e-dagang seperti Lazada.

“Saya sentiasa berpegang kepada semangat untuk menjadikan impian saya menjadi kenyataan. Saya juga ingin berkongsi dengan wanita-wanita lain supaya menjadi inspirasi buat mereka.

“Dengan akses yang sama kepada sumber, peluang dan sistem sokongan yang ada seperti Lazada, wanita boleh berkembang dan mencapai segala kepelbagaian yang mereka impikan,” katanya yang mana usaha itu selari dengan tema sambutan Hari Wanita Sedunia 2024 iaitu ‘Rangkuman Inspirasi’ (Inspire Inclusion).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!