Terbuka Perancis: Tang Jie-Ee Wei sekat langkah Kian Meng-Pei Jing

Tang Jie-Ee Wei
Tang Jie-Ee Wei
A
A
A

BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menepati ramalan apabila mudah melangkah ke pusingan kedua kejohanan Terbuka Perancis 2024 selepas mengetepikan cabaran beregu senegara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing pada Rabu.

Pertembungan pusingan pertama berlangsung di Arena Porte de la Chapelle di Paris, Tang Jie-Ee Wei berada di ranking kesembilan dunia hanya mengambil masa 42 minit untuk menundukkan Kian Meng-Pei Jing dengan keputusan straight set 21-15, 21-18.

Ia merupakan kemenangan kedua Tang Jie-Ee Wei ke atas beregu profesional negara itu selepas Terbuka Malaysia 2023, Januari lepas.

Menanti mereka di pusingan 16, pilihan keempat kejohanan dari China, Feng Yanzhe-Huang Dongping yang mara selepas menewaskan wakil Amerika Syarikat, Vinson Chiu-Jennie Gai.

Tiga lagi wakil negara membabitkan perseorangan lelaki Lee Zii Jia serta beregu wanita masing-masing Pearly Tan-M. Thinaah dan Vivian Hoo-Lim Chiew Sien turut akan beraksi pada pusingan awal kejohanan itu awal pagi ini. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: