Semarakkan Ramadan anda dengan Think Quran

Lipat gandakan pahala sempena Ramadan dengan membaca, fahami dan khatam al-Quran. - FOTO: 123rf.com
Lipat gandakan pahala sempena Ramadan dengan membaca, fahami dan khatam al-Quran. - FOTO: 123rf.com
A
A
A

Ramadan merupakan waktu yang amat istimewa bagi umat Islam di seluruh dunia. Di bulan inilah al-Quran diturunkan dan menjadi petunjuk kepada manusia untuk membezakan di antara kebenaran dan kepalsuan.

Hal ini diterangkan dalam surah al-Baqarah, ayat 185, yang mana ALLAH SWT telah berfirman yang bermaksud;

Bulan Ramadan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yang hak dengan batil).

Daripada ayat tersebut, adalah penting bagi umat Islam bahkan mana-mana manusia itu sendiri mengambil iktibar mengenai keberkatan Ramadan sebagai bulan ibadah, introspeksi (penilaian diri) dengan menyucikan diri daripada melakukan perkara yang tidak sebarang manfaat.

Justeru, dalam bulan Ramadan ini, salah satu pendekatan yang boleh diambil oleh umat Islam ialah dengan membaca, menghayati dan memahami nilai-nilai serta khatam kitab suci al-Quran sebagai amalan harian.

Aplikasi Think Quran

Dengan aplikasi Think Quran, aktiviti belajar dan fahami Bahasa al-Quran bukan lagi satu rutin, tetapi satu pengalaman yang bermakna.
Dengan aplikasi Think Quran, aktiviti belajar dan fahami Bahasa al-Quran bukan lagi satu rutin, tetapi satu pengalaman yang bermakna.



Dalam semangat menghargai nilai-nilai Ramadan, Think Quran hadir sebagai rakan setia dalam perjalanan pembelajaran al-Quran anda.

Artikel Berkaitan:

Dengan pendekatan yang mudah dan sistematik, Think Quran yang juga merupakan kaedah mudah belajar Bahasa Arab al-Quran secara digital, mampu membawa pengalaman pembelajaran kitab suci itu pada tahap baharu.

Secara spesifiknya, Think Quran yang boleh diakses dalam talian (online) di thinkquran.com itu menawarkan kaedah yang amat memudahkan para pengguna di semua peringkat umur untuk belajar seterusnya menguasai bahasa Arab al-Quran dalam 15 minit sehari walaupun tanpa tiada asas Bahasa Arab.

Pada masa sama, dengan memfokuskan pengulangan perkataan dalam al-Quran, Think Quran mampu mengukuhkan pemahaman dan penguasaan bahasa Arab al-Quran para pengguna.

Malah, aplikasi Think Quran juga turut memberikan pengalaman interaktif di samping menggalakkan para pengguna melakukan latih tubi dengan mengingati perkataan yang kerap berulang seterusnya mempercepatkan proses ingatan.

Memfokuskan pengulangan perkataan dalam al-Quran, Think Quran membantu mengukuhkan penguasaan bahasa Arab al-Quran para pengguna.
Memfokuskan pengulangan perkataan dalam al-Quran, Think Quran membantu mengukuhkan penguasaan bahasa Arab al-Quran para pengguna.

Mudah dan Senang Dikuasai.

- Metode pembelajaran yang disesuaikan untuk semua peringkat umur.

Fokus Terhadap Perkataan Berulang.

- Mengutamakan perkataan yang kerap berulang dalam al-Quran untuk memperkukuh pemahaman.

Latihan Berulang.

- Mempercepat proses ingatan melalui latihan yang berulang.

Kempen #fahamkhatamalquran

No Image Caption



Bersama Think Quran, aktiviti belajar bahasa al-Quran bukan lagi satu rutin, tetapi satu pengalaman yang bermakna.

Justeru, sempena kempen #fahamkhatamalquran, anjuran bersama syarikat yang membangunkan aplikasi Think Quran, Think Osem Sdn Bhd dengan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) serta Kumpulan Media Karangkraf, semua umat Islam dijemput bergabung usaha menyemarakkan lagi amalan membaca dan memahami al-Quran sempena Ramadan ini.

Dengan melanggan Think Quran, umat Islam boleh mendapatkan al-Quran Amazing secara percuma.

Jadi, dengan semangat Ramadan, mari kita tingkatkan amalan membaca dan memahami al-Quran. Dengan khatam dan fahami al-Quran, kita mengukuhkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada ALLAH SWT.

Semoga Ramadan kali ini menjadi titik tolak bagi perubahan positif dalam amalan kita. Mari bersama-sama khatam dan fahami al-Quran, kumpulkan pahala berlipat ganda.