'Doakan gol Faisal dicalonkan Anugerah Puskas' - Bapa

Abdul Halim (empat dari kanan) hadir mewakili Faisal sebagai wakil Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim. Foto Flash Sukan
Abdul Halim (empat dari kanan) hadir mewakili Faisal sebagai wakil Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim. Foto Flash Sukan
A
A
A

JARINGAN cantik pemain sayap negara, Faisal Halim pada Piala Asia Qatar 2023 telah mencetuskan fenomena baharu dalam kalangan peminat.

Dalam pada itu, bapanya, Abdul Halim Saad memohon doa rakyat Malaysia jika gol itu dicalonkan ke Puskas.

Sentuhan pemain berusia 26 tahun itu berjaya membantu skuad Harimau Malaya untuk mengikat pasukan Piala Dunia, Korea Selatan 3-3 dalam aksi terakhir Kumpulan E di Doha Januari lalu.

Halim meluahkan rasa bangga dan bersyukur apabila jaringan anaknya itu berjaya memenangi anugerah gol terbaik pada Piala Asia Qatar 2023.

Laporan Sukan Sinar pada Khamis lalu.
Laporan Sukan Sinar pada Khamis lalu.

“Rasa bangga itu sudah pasti kerana beliau (Faisal) adalah salah seorang daripada anak saya tetapi dia hak untuk semua peminat bola sepak Malaysia.

“Kita sama-sama boleh berasa bangga kerana perkara itu tidak diduga perkara itu akan berlaku (gol tercantik Piala Asia)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau ditemui media pada Malaysia International Trade & Exhibition Centre di Kuala Lumpur.

Halim hadir mewakili Faisal sebagai wakil Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim yang menjalin kerjasama dengan penyokong Harimau Malaya, Derrick Gan atau 'abang rambut perang' dan syarikat pembuatan perabot terkemuka, Johan & Joann.

Syarikat perabot itu akan menyumbang 10 peratus hasil jualan kepada Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim.

Mengulas sekiranya jaringan cantik Faisal itu dicalonkan ke anugerah Puskas, Halim berharap untuk mendapat sokongan semua pihak

“Kalau ada rezeki, Insya-ALLAH. Kita sama-sama memberi sokongan, kalau ada undian sama-sama undi,” ujarnya.

Halim turut meluahkan penghargaan kepada syarikat tersebut yang sedia memberi sumbangan kepada kelab tersebut yang baru ditubuhkan.

“Menerusi sokongan ini, kita akan cuba sebaik mungkin untuk keluarkan (lahirkan) lagi banyak Faisal Halim. Insya-ALLAH," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!