Pan-gon panggil 33 pemain ke kem latihan Harimau Malaya

Pan-gon. Foto Bernama
Pan-gon. Foto Bernama
A
A
A

PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon menyenaraikan 33 pemain bagi menyertai kem latihan pusat bermula 8 Mac ini, sebagai persiapan menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Omar pada 21 Mac.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, sebanyak 21 daripada 26 pemain yang beraksi di Piala Asia 2023 di Qatar, Januari lepas dikekalkan.

Sementara 12 muka baharu dipanggil kali ini turut membariskan pemain dari skuad bawah 23 tahun (B-23) antaranya Mukhairi Ajmal Mahadi, Harith Haiqal Adam Afkar, Haqimi Azim Rosli, Nooa Laine dan Ahmad Zikri Khalili.

Sebahagian daripada 33 pemain terbabit akan melapor diri pada 15 Mac dan sejurus selepas kehadiran mereka itu, beberapa pemain B-23 akan dilepaskan ke kem latihan pusat skuad B-23 kebangsaan kendalian Juan Torres Garrido.

Menurut Pan-gon, persediaan awal perlu dibuat bagi menghadapi dua perlawanan penting menentang Oman meskipun menyedari pasukan kelab sedang sibuk menjalani latihan pramusim Liga Malaysia (Liga-M) yang akan bermula 10 hingga 12 Mei ini.

"Kita faham pasukan-pasukan kelab sedang menjalani latihan pramusim dan pada masa sama, Kalendar Perlawanan Antarabangsa pula hanya akan bermula dari 18 hingga 26 Mac 2024.

"Selepas perbincangan dengan kelab-kelab terlibat, sebahagian pemain hanya akan melapor diri pada 15 Mac kerana saya faham yang mereka baru saja kembali dari bercuti dan baru memulakan latihan bersama kelab, berbanding pemain-pemain lain yang telah lebih awal turun berlatih bersama kelab masing-masing," katanya.

Skuad Harimau Malaya akan berdepan Oman dalam perlawanan ketiga Kumpulan D pada 21 Mac di Sultan Qaboos Sports Complex, Muscat sebelum melayan kunjungan Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 26 Mac.

Artikel Berkaitan:


Berikut senarai 33 pemain dipanggil Pan Gon ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Jumaat ini:

Ahmad Syihan Hazmi Mohamed

Matthew Davies

La’vere Lawrence Corbin-ong

Endrick Dos Santos

Arif Aiman Mohd Hanapi

Shahrul Mohd Saad

Mohamed Syamer Kutty Abba

Junior Eldstal

Romel Morales

Mohamad Faisal Abdul Halim

Sharul Nazeem Zulpakar

Harith Haiqal Adam Afkar

Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi

Nooa Hamzah Laine

Ahmad Zikri Mohd Khalili

V. Ruventhiran.

Muhammad Aliff Izwan Yuslan

Mohd Suhaimi Husin

Muhammad Safawi Rasid

Muhammad Akhyar Abdul Rashid

Muhammad Azam Azmi Murad

Safwan Mazlan

Dominic Tan

Daniel Sang Ting

Stuart John Wilkin

Darren Lok

Muhammad Azri Ab Ghani

Paulo Josue

Muhammad Haqimi Azim Rosli

T. Saravanan

Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman

Dion Johan Cools

Brendan Gan

- Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28