Dua termasuk jururawat maut kemalangan

Keadaan dua kereta terlibat kemalangan di Jalan Salong-Chini, Pekan pada Selasa.
Keadaan dua kereta terlibat kemalangan di Jalan Salong-Chini, Pekan pada Selasa.
A
A
A

PEKAN - Dua termasuk jururawat maut selepas kereta dipandu mereka terbabit kemalangan di Jalan Salong-Chini di sini pada Selasa.

Dalam kemalangan kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa, Noridah Abd Jalal, 49, beralamat dari kuarters Klinik Kesihatan Chini dan Azmi Nujaini, 42, berasal dari Tawau, Sabah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, siasatan awal mendapati, Noridah yang memandu kereta jenis Perodua Axia dalam perjalanan dari arah Salong menghala ke Chini.

Menurutnya, kereta jenis Proton Saga dipandu Azmi pula dipercayai dari arah bertentangan.

Keadaan salah sebuah kereta selepas terbabit kemalangan di Jalan Salong-Chini, Pekan pada Selasa.
Keadaan salah sebuah kereta selepas terbabit kemalangan di Jalan Salong-Chini, Pekan pada Selasa.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu jururawat itu dipercayai hilang kawalan dan lalu terbabas dan melanggar kereta dipandu Azmi yang berada di lorong yang bertentangan.

"Akibat kejadian, kedua-dua mangsa mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Mohd Zaidi berkata, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk proses bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

"Nahas meragut nyawa dua pemandu itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pemgangkutan Jalan 1987," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!