KKR cadang pekerja asing sektor pembinaan diurus CLAB

Ahmad Maslan (empat dari kiri) ketika hadir Majlis sambutan Ulang Tahun ke- 20 Construction Labour Exchange Centre Berhad (CLAB) di sini, pada Isnin.
Ahmad Maslan (empat dari kiri) ketika hadir Majlis sambutan Ulang Tahun ke- 20 Construction Labour Exchange Centre Berhad (CLAB) di sini, pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) mencadangkan agar urusan pekerja asing bagi sektor pembinaan diuruskan oleh Construction Labour Exchange Centre Sdn Bhd (CLAB) bagi mengelakkan lambakan di negara ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, CLAB berkelayakan untuk menguruskan pekerja asing secara bersepadu dan mempunyai sebuah pangkalan data bagi menyimpan maklumat tentang pekerja asing di sektor berkenaan.

Beliau turut mencadangkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan juga Kementerian Sumber Manusia (KSM) agar semua pekerja dalam industri pembinaan diurus oleh CLAB secara bersepadu untuk memastikan segala urusan daripada menemuduga di negara sumber sehinggalah kepada penyediaan tempat tinggal termasuklah memastikan pemantauan gaji dan segala kebajikan pekerja diambil kira.

“KSM dan KDN hanya boleh berurusan dengan CLAB dan tidak perlu berurusan dengan pihak tidak bertanggungjawab yang akan membiarkan pekerja asing ini mengalami kesukaran termasuk tidak mempunyai pekerjaan berdasarkan laporan akhbar sebelum ini.

“Selama 20 tahun CLAB telah mengurus 221,000 pekerja dan mempunyai pengalaman luas untuk uruskan pekerja dalam sektor pembinaan antara 450,000 hingga 500,000 orang pada satu -satu masa,” katanya pada sidang akhar selepas Majlis sambutan Ulang Tahun ke- 20 Construction Labour Exchange Centre Berhad (CLAB) di sini, pada Isnin.

Ahmad Maslan (tengah) memotong kek bersama Abdul Rafik (dua dari kiri) sebagai simbolik kepada Majlis sambutan Ulang Tahun ke- 20 Construction Labour Exchange Centre Berhad (CLAB) di sini, pada Isnin.
Ahmad Maslan (tengah) memotong kek bersama Abdul Rafik (dua dari kiri) sebagai simbolik kepada Majlis sambutan Ulang Tahun ke- 20 Construction Labour Exchange Centre Berhad (CLAB) di sini, pada Isnin.

Jelasnya, selain pengambilan pekerja, CLAB juga menguruskan pertukaran pekerja daripada majikan yang tidak lagi memerlukan kepada majikan yang memerlukan pekerja.

“CLAB juga terlibat dalam program meregularisasikan pekerja asing tanpa izin di bawah program rekalibrasi,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ahmad Maslan berkata, CLAB juga memainkan peranan dalam menerajui usaha sama bersama penyedia perkhidmatan lain untuk menyediakan penempatan pekerja mengikut standard yang ditetapkan bagi kegunaan industri binaan,

“Saya percaya CLAB dapat membantu kerajaan dalam usaha untuk memantau dan menguatkuasakan undang-undang serta akta sedia ada,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif CLAB, Abdul Rafik Abdul Rajis berkata, bagi memastikan pekerja binaan yang disediakan berupaya menjalan kerja-kerja mengikut keperluan majikan, CLAB juga turut mengadakan temuduga dan ujian fizikal terhadap pekerja binaan asing termasuk mengangkat besi, memotong kayu dan juga ujian kecergasan lain.

Menurutnya, CLAB juga memperkenalkan aplikasi E-biodata bagi memberikan kemudahan kepada kontraktor untuk membuat pemilihan biodata pekerja asing memenuhi kriteria ayng diperlukan seperti maklumat lengkap individu dab butiran pengalaman pekerja.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!