Sila log masuk terlebih dahulu.

Cukai Barang Bernilai Tinggi libatkan golongan kaya - Amir Hamzah

A
A
A

BERITA SEMASA 5 MAC 2024

Kerajaan ketika ini sedang menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan Cukai Barang Bernilai Tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, cukai berkenaan akan dikenakan berdasarkan nilai ambang tertentu yang ditetapkan bagi setiap barangan terlibat.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Rodziah Ismail (PH-Ampang) yang memintanya menyatakan iltizam dan kesediaan kerajaan untuk memperkenalkan lebih banyak alternatif percukaian progresif dalam usaha meningkatkan pendapatan negara serta menangani defisit.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/652786/berita/nasional/cukai-barang-bernilai-tinggi-libatkan-golongan-kaya---amir-hamzah

#SinarHarian #BeritaSemasa #ParlimenMalaysia #DewanRakyat