X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 26 Oktober 2021

WhatsApp sekat jutaan pengguna telefon mulai Februari

Aplikasi WhatsApp kini tidak lagi menyokong telefon bimbit menggunakan sistem lama.
A
A

SHAH ALAM – Aplikasi WhatsApp tidak lagi boleh digunakan oleh jutaan pengguna telefon bimbit tertentu mulai bulan depan.

Aplikasi yang dimiliki Facebook ini telah berhenti menyokong beberapa peranti pada 31 Disember lalu. Lapor Metro.co.uk yang memetik sumber.

Pada 31 Disember lalu, WhatsApp berkata, aplikasi itu tidak akan menyokong mana-mana telefon bimbit yang menggunakan sistem operasi Windows selepas daripada tarikh itu.

Bermula 1 Februari ini, telefon model IPhone yang menggunakan perisian lama daripada iOS7 tidak lagi dapat menggunakan aplikasi WhatsApp.

Ia akan turut menjejaskan pengguna telefon pintar yang menggunakan sistem Android versi 2.3.7.

WhatsApp dalam satu kenyataannya berkata, sesiapa yang yang menggunakan telefon bimbit versi lama itu tidak lagi boleh membuat akaun baharu.

Menurutnya, sekatan itu dilakukan kerana mahu fokus pembangunan dan memperbaiki fungsi serta ciri-ciri aplikasi WhatsApp pada telefon terkini.

WhatsApp hanya boleh beroperasi pada peranti yang menggunakan sistem Android 4.03 ke atas dan telefon pintar iPhone menggunakan iOS9 sahaja.

Model telefon lain yang telah pun disekat daripada menggunakan aplikasi WhatsApp adalah Nokia Symbian S60, BlackBerry OS, BlackBerry 10, Nokia S40, Windows Mobile, iOS 7 dan Android 2.3.7.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!