Sila log masuk terlebih dahulu.

KBS tidak salahkan mana-mana pihak, tunggu siasatan Pesaka - Adam

A
A
A

BERITA SEMASA 4 MAC 2024

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim berkata, kementerian tidak menyalahkan mana-mana pihak dan menunggu siasatan daripada Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) selaku penganjur pertandingan berhubung insiden kematian atlet silat Sukma Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin ketika menyertai pertandingan di Dewan Komuniti Taman Coral Height, Seremban pada Sabtu.

Tambahnya, bagi mengelakkan insiden berulang, setiap pengajur perlu mematuhi peraturan ditetapkan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamuddin bertanya tindakan Kementerian Belia dan Sukan mengenai insiden berkenaan.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1