Sila log masuk terlebih dahulu.

Konflik mahkamah sivil, syariah sedang dikaji, diteliti

A
A
A

BERITA SEMASA 4 MAC 2024

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mohd Na’im Mohktar berkata, jawatankuasa ditubuhkan sedang melaksanakan kajian mengenai isu konflik bidang kuasa antara mahkamah syariah dengan mahkamah sivil secara menyeluruh dan tidak hanya memberi fokus kepada isu kompetensi DUN untuk menggubal undang-undang Islam sahaja.

Bagi memastikan kajian yang komprehensif dibuat, katanya, semua isu melibatkan konflik bidang kuasa antara mahkamah syariah dengan mahkamah sivil sedang diteliti dan dikaji dengan terperinci.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #BeritaSemasa #ParlimenMalaysia #DewanRakyat