Isu gaji tertunggak perlu diselesai cara baik: Khalid

Khalid Ali
Khalid Ali
A
A
A

LEGENDA bola sepak negara, Khalid Ali percaya kemelut tunggakan gaji membabitkan bekas pertahanan Melaka, Muhammad Shukor Adan dan Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) perlu diselesaikan secara baik melalui kaedah rundingan.

Beliau berkata ini, sekali gus meraikan sikap profesional yang dapat dijadikan sebagai contoh terbaik di masa hadapan.

"Setiap tahun ada pasukan menghadapi masalah ini dan tahun depan sekali lagi anda akan dengar masalah seperti ini dan ada pemain mengadu gaji tidak dibayar tetapi apa tindakan yang sepatutnya diambil sebagai pihak yang bertanggungjawab?

Kita tidak boleh salahkan pemain kerana mereka mengikut kontrak. Anda tak bayar anda bersalah. Sebagai pemimpin, jalan yang lebih baik adalah berbincang dan mencari jalan yang akan memanfaatkan kedua-dua belah pihak," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Dilaporkan, Muhammad Shukor menyerahkan afidavit tuntutan hak gaji dan bonus tertunggak ketika bersama Melaka United musim lalu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: