Pertimbang keluar KWSP bersasar - Wan Saiful

Wan Saiuful
Wan Saiuful
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan digesa untuk mempertimbangkan permohonan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengeluarkan simpanan secara bersasar.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, desakan tersebut dibuat kerana beliau menerima memorandum daripada wakil pencarum yang sedang terdesak kerana kesempitan hidup.

“Secara prinsipnya, wang simpanan KWSP adalah wang pencarum, bukan wang kerajaan. Oleh itu, kerajaan sepatutnya mengambil serius tuntutan dan rayuan mereka untuk menggunakan wang sendiri.

“Kenaikan kos sara hidup mendadak akibat kegagalan kerajaan yang tidak kompeten ini menambah kesusahan mereka,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Isnin.

Menurutnya, kriteria sasaran boleh ditentukan oleh kerajaan, termasuklah menyeimbangkan antara keperluan mendesak dengan simpanan hari tua.

“Jangan pukul rata semua pencarum. Seharusnya perkara ini diperhalusi secara ‘case-by-case’,” ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: