Sukan lasak BDB Challenge kembali lebih ekstrem

Pegawai Daerah Kubang Pasu, Muhamad Mahazi Ibrahim (dua dari kiri) menunjukkan Jitra Half Marathon 2024 yang merupakan satu daripada tiga siri sukan lasak BDB Challenge 2024 sambil disaksikan Badrulhisham (kiri), Zawawi (dua dari kanan) dan Ketua Bahagian Operasi Leisure Kumpulan BDB, Muhammad Hanif Mohamad Ismail (kanan).
Pegawai Daerah Kubang Pasu, Muhamad Mahazi Ibrahim (dua dari kiri) menunjukkan Jitra Half Marathon 2024 yang merupakan satu daripada tiga siri sukan lasak BDB Challenge 2024 sambil disaksikan Badrulhisham (kiri), Zawawi (dua dari kanan) dan Ketua Bahagian Operasi Leisure Kumpulan BDB, Muhammad Hanif Mohamad Ismail (kanan).
A
A
A

BINA Darulaman Berhad (BDB) kembali dengan penganjuran siri sukan lasak BDB Challenge 2024 yang menawarkan tiga acara sukan lasak bagi menguji ketahanan serta kekuatan fizikal dan mental para peminatnya.

Ketua Divisyen Pembangunan Hartanah BDB, Zawawi Wahab berkata, BDB Challenge 2024 merupakan kesinambungan kepada penganjuran BDB Triple Challenge yang pernah dianjurkan pada tahun 2016 dan 2017 serta BDB Challenge 2018.

Menurutnya yang mewakili Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, Raja Shahreen Raja Othman, siri sukan lasak itu tampil dengan wajah baharu menerusi BDB Langkawi Climb diadakan pada 28 dan 29 Jun; BDB Jitra Duathlon (26 dan 27 Julai) dan BDB Jitra Half Marathon (29 dan 30 November)

“BDB Challenge 2024 dijangka mampu untuk menarik pelbagai penggemar sukan lasak di mana pada kali ini mereka boleh menyertai pelbagai jenis disiplin seperti mendaki, memanjat, berbasikal serta marathon.

“Untuk ketiga-tiga siri berkenaan BDB menyasarkan 500 peserta masing-masing bagi BDB Langkawi Climb dan BDB Jitra Duathlon manakala 2,000 peserta bagi BDB Jitra Half Marathon yang sememangnya sudah mempunyai pengikut tegarnya tersendiri,” katanya pada Ahad.

Pegawai Daerah Kubang Pasu, Muhamad Mahazi Ibrahim (tiga dari kiri) memperkenalkan tiga siri sukan lasak BDB Challenge 2024 sambil disaksikan Badrulhisham (kiri) dan Zawawi (dua dari kanan).
Pegawai Daerah Kubang Pasu, Muhamad Mahazi Ibrahim (tiga dari kiri) memperkenalkan tiga siri sukan lasak BDB Challenge 2024 sambil disaksikan Badrulhisham (kiri) dan Zawawi (dua dari kanan).

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Pelancaran BDB Challenge 2024 yang telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Kubang Pasu, Muhamad Mahazi Ibrahim di Darulaman Park, Bandar Darulaman, di sini.

Hadir sama Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Badrulhisham Sulaiman.

Artikel Berkaitan:

Zawawi berkata, dalam masa yang, BDB Challenge 2024 juga ingin memperkenalkan kembali Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang, Langkawi yang merupakan destinasi eko-pelancongan kepada orang ramai selain mempromosikan gaya hidup sihat terutamanya dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menurutnya, BDB sebagai anak syarikat kerajaan negeri Kedah sentiasa menjadikan Pelan Pembangunan Kedah 2035 (PPK 2035) sebagai sasaran kepada setiap perancangan strategik perniagaan yang dibuat bagi membolehkan mendapatkan manfaat sejajar dengan hasrat yang telahpun dirancang.

Jelas beliau, antara salah satu intipati PPK 2035 ialah Teras 3 berkenaan aspek keterangkuman sosial dan budaya. salah satu strategi di dalam berkenaan adalah mengukuhkan integrasi sosial, nilai murni dan gaya hidup aktif dan sihat.

“Untuk mencapai matlamat Teras 3 tersebut BDB berusaha untuk membantu Kerajaan Negeri menerusi penganjuran acara sukan seperti BDB Challenge 2024 ini sebagai salah satu inisiatif dalam memastikan rakyat Kedah khususnya mengamalkan gaya hidup sihat.

“Rakyat yang sihat mental dan fizikal sudah pasti akan membolehkan penghasilan produktiviti yang tinggi sekaligus ia akan membantu memacu Negeri Kedah mencapai sasaran yang telah ditetapkan menjelang tahun 2035,” ujarnya.