Raja Norway selamat jalani prosedur implan perentak jantung di Langkawi

Raja Harald V selamat menjalani prosedur implan perentak jantung di Hospital Sultanah Maliha di Langkawi pada Sabtu. - Foto: Getty
Raja Harald V selamat menjalani prosedur implan perentak jantung di Hospital Sultanah Maliha di Langkawi pada Sabtu. - Foto: Getty
A
A
A

KUALA LUMPUR - Raja Norway Raja Harald V selamat menjalani prosedur implan perentak jantung di Hospital Sultanah Maliha di Langkawi pada Sabtu, menurut kenyataan di laman sesawang www.royalcourt.no.

Prosedur itu dijalankan berikutan kadar denyutan jantung baginda yang lemah seperti yang disahkan oleh doktor peribadi baginda Bjorn Bendz.

"Keputusan mengenai prosedur itu dibuat awal hari ini dan prosedur itu berjaya. Baginda dalam keadaan baik tetapi masih memerlukan rehat," menurut kenyataan itu yang memetik Bendz.

Bendz perkata implan perentak jantung itu membolehkan baginda untuk berangkat pulang ke Norway dengan lebih selamat.

Urusan untuk keberangkatan pulang baginda Ke Norway sedang dijalankan dan proses itu dijangkakan mengambil masa beberapa hari, menurut kenyataan itu.

Pada 28 Februari lalu Raja Harald V dilaporkan sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di Langkawi selepas gering ketika bercuti di Malaysia.

Raja Harald V dijadual menyambung semula tugas rasmi pada 8 Mac dan baginda dijadual bertemu ahli Kabinet di Istana Diraja di Oslo, lapor Xinhua. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!