Malaysian University buru penamat treble

Pemain, jurulatih dan pengurusan Malaysian University meriakan kejayaan muncul juara MHL 2024. Foto: Sukan IPT
Pemain, jurulatih dan pengurusan Malaysian University meriakan kejayaan muncul juara MHL 2024. Foto: Sukan IPT
A
A
A

PENGENDALI Malaysian University, Lailin Abu Hassan mahu pemain-pemainnya memberikan tumpuan kepada kempen kejuaraan Piala Vivian May Soars.

Malah, Lailin tidak mahu anak-anak buahnya terbawa-bawa kejayaan merangkul dua kejuaraan iaitu Perisai Komuniti dan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024.

Sebaliknya Lailin menyasarkan Piala Vivian May Soars sebagai sasaran utama kepada kejuaraan treble Malaysian University musim ini.

“Kita akan terus membuat persiapan lebih bagi merebut gelaran treble. Semua pasukan yang layak ke separuh akhir mempunyai kekuatan masing-masing.

“Kita akan mengkaji semua aspek kesilapan yang perlu diperbetulkan dalam perlawanan sebelum ini.

“Insya-ALLAH, kami akan bersedia menampilkan aksi lebih baik untuk berdepan Negeri Sembilan dalam aksi separuh akhir,” katanya kepada Sukan Sinar.

Skuad wanita Malaysian University kendalian Lailin mengakhiri penantian enam tahun untuk menjulang kejuaraan MHL apabila bangkit ketinggalan satu gol untuk menyingkirkan cabaran CS Mustang HT 2-1 dalam perlawanan terakhir liga di Stadium Hoki Nasional di Bukit Jalil.

Mengenai kemenangan ke atas CS Mustang HT, Lailin berkata, “Alhamdulillah. Tiga mata yang berharga diperolehi semalam, pemain-pemain bermain dengan semangat untuk menang.

Artikel Berkaitan:

“Setelah kita seri dua kali ketika menentang Qnet dan Negeri Sembilan, game seterusnya kita tidak boleh kalah jika ingin capai juara liga.

“Kemenangan hari ini menyaksikan pasukan berjaya merangkul dua kejuaraan musim ini. Biarpun begitu masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki untuk persiapan Piala Vivian May.”

Malaysian University mengakhiri saingan MHL dengan status juara selepas mengumpul 23 mata - tujuh mata, dua seri - selepas mengharungi sembilan perlawanan.

Sementara itu, Liaoning Hockey Club pula muncul naib juara dengan 21 mata - tujuh menang, dua seri - selepas mengharungi sembilan perlawanan.