Kurang lima peratus KRT tidak aktif

Terdapat hampir 8,500 KRT di seluruh negara setakat ini dan daripada jumlah itu hanya kurang lima peratus didapati tidak aktif.
Terdapat hampir 8,500 KRT di seluruh negara setakat ini dan daripada jumlah itu hanya kurang lima peratus didapati tidak aktif.
A
A
A

PADANG BESAR - Terdapat hampir 8,500 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara setakat ini dan daripada jumlah itu hanya kurang lima peratus didapati tidak aktif, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Azman Mohd Yusof.

Beliau berkata, angka itu turut menunjukkan penambahan dan penglibatan golongan muda dalam aktiviti KRT, sekali gus mempelbagaikan program yang dilaksanakan berbanding hanya tertumpu kepada tanggungjawab menjaga kawasan tetangga.

"Alhamdulillah, di Perlis terdapat 140 KRT dan apa yang saya lihat hari ini, banyak golongan muda yang terlibat, ia sudah tidak sama seperti dahulu lagi, kini generasi muda juga mempunyai tugas tersendiri di dalam KRT.

"Apabila ada golongan muda, akan berlaku perkembangan aktiviti seperti bidang ekonomi, keselamatan, ketahanan komuniti dan pendidikan," katanya kepada Bernama selepas merasmikan KRT Taman Padang Besar Indah di sini pada Jumaat.

Azman turut menyeru agar lebih ramai individu daripada pelbagai lapisan umur menyertai KRT, seterusnya menjadikan organisasi itu lebih efisien. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: