Sila log masuk terlebih dahulu.

Bekas ADUN Tronoh, Paul Yong kekal bersalah rogol amah

A
A
A

BERITA SEMASA 1 MAC 2024

Hukuman penjara bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong berkait kes merogol pembantu rumahnya dikurangkan daripada 13 kepada lapan tahun, oleh Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Azlida Alimin.

Bagaimanapun, panel tiga hakim yang diketuai Hakim, Datuk Hadhariah Syed Ismail mengekalkan hukuman dua sebatan ke atas Paul.

Ia susulan mahkamah mengekalkan sabitan bersalah dengan keputusan majoriti 2-1, daripada Hadhariah dan Hakim, Datuk Azman Abdullah.

Dua hakim ini menolak rayuan Paul selaku perayu bagi mengetepikan sabitan terhadapnya, sementara Hakim, Datuk SM Komathy menentang keputusan majoriti itu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/652140/berita/semasa/bekas-adun-tronoh-paul-yong-kekal-bersalah-rogol-amah