Sila log masuk terlebih dahulu.

Sultan Selangor dukacita kenyataan Abdul Hadi

29 Februari 2024 | TikTok
A
A
A

BULETIN TIKTOK 29 FEBRUARI 2024

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan rasa dukacita terhadap kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' pada 20 Februari lalu.

Kenyataan itu dipercayai ditujukan kepada alim ulama, para peguam, hakim, ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta Raja-Raja Melayu.

Sehubungan itu, kenyataan itu memaklumkan, Sultan Selangor menasihatkan Abdul Hadi supaya lebih berhati-hati di masa depan agar tidak mengulangi perbuatan menghina Raja-Raja Melayu melalui kenyataan yang boleh memecah-belahkan umat Islam di negara ini.

Muzik: Night Rider 87-The Verge dari Artlist.co

Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.

#SinarHarian #SinarTerkini #BuletinTikTok #HadiAwang #Islam #RajarajaMelayu #SultanSelangor