Kadar kesuburan Singapura jatuh rekod terendah

Kadar kelahiran rakyat Singapuran jatuh pada rekod terendah pada tahun ini. - AFP
Kadar kelahiran rakyat Singapuran jatuh pada rekod terendah pada tahun ini. - AFP
A
A
A

SINGAPURA - Buat pertama kali dalam sejarah Singapura, kadar purata kesuburan keseluruhan (TFR) negara ini merosot di bawah paras 1.0, lapor Berita Harian Singapura.

Unjuran awal menunjukkan kadar TFR jatuh kepada 0.97 pada 2023 daripada rekod sebelum ini, iaitu 1.05 pada 2022 dan 1.12 pada 2021.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Indranee Rajah berkata, kadar kesuburan kekal rendah berlaku ketika populasi Singapura semakin menua, sekali gus menimbulkan cabaran demografi kembar.

Bercakap semasa perbahasan belanjawan PMO di Parlimen, Indranee berkata, angka terkini itu meletakkan Singapura dalam kalangan negara yang mempunyai kadar kelahiran terendah di dunia manakala Korea Selatan mendahului senarai itu dengan kadar purata 0.72 pada 2023.

“Ada pelbagai faktor yang menyumbang kepada kadar kesuburan rendah di Singapura. Ada bersifat sementara.

“Sebagai contoh, rancangan sebilangan pasangan untuk mendirikan rumah tangga terganggu oleh Covid-19, dan ini mungkin menjejas rancangan mereka untuk mempunyai anak.

“Ada juga berkongsi bahawa mereka bimbang soal kos membesarkan anak, tekanan menjadi ibu bapa contoh atau kesukaran mengurus komitmen kerja dan keluarga,” Indranee. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!