Anwar terima kunjungan Pengasas Bersama Grab

Anwar (tiga dari kanan) pada Rabu menerima kunjungan hormat Pengasas Bersama Ketua Pegawai Eksekutif Grab Holdings Inc, Anthony Tan (tiga dari kiri). Foto FB Anwar Ibrahim
Anwar (tiga dari kanan) pada Rabu menerima kunjungan hormat Pengasas Bersama Ketua Pegawai Eksekutif Grab Holdings Inc, Anthony Tan (tiga dari kiri). Foto FB Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu menerima kunjungan hormat Pengasas Bersama Ketua Pegawai Eksekutif Grab Holdings Inc, Anthony Tan.

Anwar berkata, semasa pertemuan tersebut, beliau telah dibentangkan mengenai potensi pelaburan oleh Grab di Malaysia.

"Ini terkait dengan perniagaan seperti Grab dan Jaya Grocer.

"Selain itu, pengoperasian GX Bank (di Malaysia) dijangka melibatkan pelaburan sebanyak RM1.5 bilion untuk tempoh lima tahun akan datang," kata Anwar menerusi hantaran di laman sosial Facebook beliau, hari ini

GX Bank Bhd merupakan bank digital di Malaysia yang dibentuk menerusi usaha sama antara Grab Holdings Ltd dan Singapore Telecommunications Ltd (Singtel).

Selain itu, kata beliau, pertemuan tersebut turut membincangkan bagaimana Grab dapat berkembang dengan model perniagaan yang dapat membantu masyarakat dan perniagaan Malaysia meningkatkan peluang menjana pendapatan.

Semasa pertemuan tersebut, Anthony membentangkan mengenai potensi pelaburan oleh Grab di Malaysia. Foto FB Anwar Ibrahim
Semasa pertemuan tersebut, Anthony membentangkan mengenai potensi pelaburan oleh Grab di Malaysia. Foto FB Anwar Ibrahim

"Semoga kecekalan saudara Anthony akan menjadi pendorong kepada anak-anak Malaysia lain terutamanya yang berminat menceburi bidang keusahawan teknologi," kata Anwar.

Artikel Berkaitan:

Anthony merupakan usahawan kelahiran Malaysia yang berjaya mengasaskan syarikat teknologi yang disenaraikan di Bursa Saham Nasdaq, Amerika Syarikat.

Grab kini mempunyai modal pasaran sebanyak AS$12.34 bilion (1AS=RM4.75). - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28