Cuaca panas: 14 kawasan di Semenanjung pada tahap berjaga-jaga

MetMalaysia mengeluarkan status cuaca panas di Facebook pada Selasa.
MetMalaysia mengeluarkan status cuaca panas di Facebook pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap berjaga-jaga di 14 kawasan dalam Semenanjung Malaysia.

Dalam kenyataannya MetMalaysia berkata, antara 14 kawasan terlibat adalah Pulau Langkawi, Padang Terap, Sik, Baling, Kubang Pasu, Kota Setar dan Pendang di Kedah serta negeri Perlis.

Selain itu, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Timur Laut dan Barat Daya di Pulau Pinang manakala Kuala Kangsar di Perak dan Sepang di Selangor serta Beaufort di Sabah.

“Satu lagi kawasan di Semenanjung berada pada tahap dua (gelombang haba) iaitu Pokok Sena, Kedah,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Jabatan itu juga memaklumkan, indikator bagi tahap berjaga-jaga adalah apabila suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

“Tahap gelombang haba pula apabila suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

“Untuk maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian, boleh rujuk di laman sesawang MetMalaysia,” ujarnya lagi.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: