Tinggalkan Manchester demi Minnesota

Ramsay (kiri) mendengar amanat daripada pengendali United, Erik ten Hag. Foto Agensi
Ramsay (kiri) mendengar amanat daripada pengendali United, Erik ten Hag. Foto Agensi
A
A
A

PENGENDALI pasukan utama Manchester United, Eric Ramsay meninggalkan The Red Devils apabila menyahut cabaran bersama Minnesota United, umum kedua-dua kelab.

Kehadiran Ramsay kelahiran Wales itu menyaksikan beliau merupakan ketua jurulatih termuda saingan Liga Bolasepak Utama (MLS) Amerika Syarikat (AS).

Ramsay berusia 32 tahun yang sebelum ini melatih skuad Bawah 23 tahun (B-23) Chelsea, merupakan penolong jurulatih dengan pasukan kebangsaan Wales, akan meninggalkan United selepas perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Manchester City di Stadium Etihad pada Ahad.

“Saya sangat teruja untuk menyertai kelab besar yang mempunyai budaya bola sepak begitu kuat, penyokong fanatik dan infrastruktur canggih dalam kelasnya.

“Saya telah bercakap dengan kakitangan kelab sepanjang proses itu dan anda pasti merasakan keghairahan semua orang untuk menggerakkan kelab ke hadapan,” kata Ramsay.

Sebagai rekod, Minnesota memenangi perlawanan pembukaan liga menduduki tempat ketiga dalam Konferensi Barat, menyamai mata dengan pendahulu Portland Timbers.

Artikel Berkaitan: