Terbaik anak muda! - PM ucap tahniah kepada Faisal Halim

Tangkap layar ucapan tahniah PM dan reaksi Faisal Halim
Tangkap layar ucapan tahniah PM dan reaksi Faisal Halim
A
A
A

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengucapkan tahniah kepada pemain kebangsaan, Faisal Halim atas kejayaan dinobatkan sebagai penjaring terbaik Piala Asia Qatar 2023.

Penyerang negara, Faisal Halim mencipta sejarah apabila jaringannya dinobatkan sebagai gol terbaik dalam saingan Piala Asia 2023 di Qatar bulan lalu.

Jaringan menarik yang dilakukan pemain bertubuh cilik berkenaan menggemparkan dunia bola sepak di mana dia memperdayakan pertahanan kental Bayern Munich, Kim Min-jae sebelum melepaskan sepakan lencong dari sudut sukar ke gawang lawan untuk Malaysia mengikat Korea Selatan 1-1 dalam aksi peringkat kumpulan dengan perlawanan berkesudahan seri 3-3

Menerusi X, Perdana Menteri mengucapkan tahniah buat pemain Selangor FC itu selepas dinobatkan sebagai pemenang.

Sementara itu, Faisal dalam reaksinya pula menyatakan kesyukurannya kerana Perdana Menteri menitipkan ucapan kepadanya atas kejayaan yang diraih.

Faisal turut memohon Anwar mendoakan keayaan dia dan pasukan Harimau Malaya di pentas kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027. - Awani

Artikel Berkaitan: