Gantung 14 hari teguran Agong kepada ahli Parlimen

Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat pada Isnin. - Bernama
Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat pada Isnin. - Bernama
A
A
A

TITAH Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Isnin menjadi perhatian apabila memberi teguran kepada semua ahli politik khususnya ahli Parlimen.

Menariknya, Seri Paduka Baginda memberi kebenaran kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli dewan yang melampaui batas, termasuk mengenakan sekatan daripada menyertai persidangan selama 14 hari.

Baginda turut menitahkan semua ahli Parlimen dan Dewan Negara supaya menjaga adab dan tatatertib, selain menggunakan pertuturan yang sopan.

Titah itu menunjukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong sedar betapa kerapnya situasi Dewan Negara huru-hara dan hangat gara-gara sebahagian daripada ahli Parlimen gagal mengamalkan prinsip keharmonian dalam Parlimen.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap persidangan Parlimen kali ini akan menguatkan lagi kerjasama semua pihak bagi membangunkan negara demi kepentingan seluruh rakyat.

Terdahulu, Perdana Menteri dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadiri istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di sini pada Isnin yang disempurnakan oleh baginda.

Umum mengetahui bahawa persekitaran yang tenang dan aman penting bagi memastikan persidangan Parlimen berjalan dengan teratur.

Justeru itu, titah Seri Paduka Baginda yang memberi lampu hijau kepada penggantungan selama 14 hari jika ahli Parlimen berdegil dan melampaui batas ketika persidangan dilihat wajar dan efektif.

Artikel Berkaitan:

Sudah tentu persidangan Parlimen yang akan datang ini bakal menjadi tumpuan di mana dengan adanya penguatkuasaan titah baginda.

Sama ada ahli Parlimen kerajaan mahupun pembangkang, kedua-duanya perlu diingatkan supaya sentiasa menjaga adab sopan, tatasusila serta elakkan ‘bermain politik’ dalam sidang Parlimen.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28