Abai pekerja asing: KDN, KSM ambil tindakan tegas

Saifuddin Nasution ketika sidang media pada Majlis Perasmian Pembukaan Pejabat Pasport Shaftbury, Jabatan Imigresen Malaysia pada Isnin. Foto Bernama
Saifuddin Nasution ketika sidang media pada Majlis Perasmian Pembukaan Pejabat Pasport Shaftbury, Jabatan Imigresen Malaysia pada Isnin. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat pembinaan selaku majikan susulan pekerja asing yang dibiarkan tanpa pekerjaan serta penginapan yang kondusif.

KDN dan KSM dalam kenyataan bersama berkata, tindakan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) akan dikenakan terhadap mereka.

“Kepada majikan yang gagal membayar gaji pekerja, tindakan di Bawah Akta Kerja 1955 (Akta 265) turut diambil seterusnya menyenaraihitamkan syarikat yang terlibat daripada menggajikan pekerja asing pada masa hadapan dan membekukan baki kuota yang diperolehnya.

“Selain itu, siasatan di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ANTIPSOM) 2007 (Akta 670) terhadap majikan dan tindakan di bawah Akta Passport 1966 (Akta 150) kerana majikan dipercayai memegang passport pekerja,” katanya.

Kenyataan bersama tersebut dikeluarkan oleh Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri KSM, Steven Sim Chee Keong pada Isnin.

Sebelum ini, media melaporkan lebih 100 pekerja asing Bangladesh didakwa terkontang-kanting di Cheras, Kuala Lumpur selama lebih tiga bulan selepas mereka gagal mendapat pekerjaan seperti yang dijanjikan.

Tambahnya, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menjalankan satu operasi yang turut disertai pegawai Pejabat Strategik Nasional Majlis Anti-Pemerdagangan Orang (NSO MAPO).

Kenyataan tersebut turut memaklumkan, KSM melalui Jabatan Tenaga Kerja Semanjung Malaysia juga telah melakukan operasi siasatan ke atas majikan yang melibatkan undang-undang perburuhan.

Artikel Berkaitan:

“Kesemua mangsa yang diselamatkan dibawa ke JIM Putrajaya untuk urusan dokumentasi sebelum dibawa ke hadapan Mahkamah Majistret untuk mendapatkan Perintah Perlindungan Interim,” jelasnya.

KDN dan KSM pada masa sama turut memberi amaran tegas kepada semua majikan yang menggajikan pekerja asing supaya sentiasa menjaga kebajikan pekerja serta mematuhi lunas perundangan negara.

@sinarharianonline

Abai pekerja asing: KDN, KSM ambil tindakan tegas #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #KDN #KSM #Pekerja #Perumahan #Kemudahan #Kementerian

Earned It (In the Style of Weeknd) [Karaoke Version] - Instrumental King