Sembilan termasuk bayi cedera nahas lima kenderaan

Salah sebuah kereta rosak teruk selepas terlibat kemalangan lima kenderaan di Gopeng pada Isnin. Foto Ihsan JBPM Perak
Salah sebuah kereta rosak teruk selepas terlibat kemalangan lima kenderaan di Gopeng pada Isnin. Foto Ihsan JBPM Perak
A
A
A

GOPENG - Sembilan individu termasuk bayi lelaki berusia 12 bulan dilaporkan cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 291.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng dan Simpang Pulai diatur gerak ke lokasi kejadian lepas menerima panggilan pada jam 12.44 tengah hari.

Menurut beliau, kemalangan melibatkan dua kereta jenis Perodua Myvi, Perodua Viva, kenderaan pelbagai guna (MPV) Hyundai Starex dan sebuah lagi kenderaan yang tidak dikenal pasti.

Sebuah kereta yang terlibat terbabas. Foto Ihsan JBPM Perak.
Sebuah kereta yang terlibat terbabas. Foto Ihsan JBPM Perak.

"Setibanya di lokasi, mangsa terdiri enam lelaki dan tiga wanita dan empat daripadanya warga Singapura. Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) memberi rawatan kepada enam mangsa yang mengalami cedera ringan.

"Seorang mangsa yang cedera di bahagian kepala, belakang dan badan diberikan rawatan oleh kakitangan Kementerian Kesihatan," katanya di sini.

Sabarodzi berkata, dua lagi mangsa yang cedera ringan berada dalam kenderaan masing-masing.

"Tujuh mangsa berusia 12 bulan hingga 60an dihantar mendapatkan rawatan lanjut ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Artikel Berkaitan:

"Setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan pada jam 1.55 petang," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28