Ribut petir, hujan lebat di 9 negeri

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri sehingga jam 7 petang Khamis. Gambar hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri sehingga jam 7 petang Khamis. Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri sehingga jam 7 petang Khamis.

MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook berkata, amaran tersebut dikeluarkan bagi daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang manakala di Perak pula melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang serta Muallim.

“Selain itu, di Selangor membabitkan beberapa daerah seperti Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

“Batu Pahat dan Pontian di Johor, Port Dickson di Negeri Sembilan juga seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya terlibat.

“Di Sarawak, Sri Aman (Lubok Antu), Betong, Sarikei, Mukah (Tanjung Manis), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh) serta Limbang manakala di Sabah pula Pedalaman (Sipitang dan Beaufort), Pantai Barat (Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu) dan Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan),” katanya.

Hantaran poster dimuatnaik MetMalaysia di Facebook pada Sabtu.
Hantaran poster dimuatnaik MetMalaysia di Facebook pada Sabtu.

MetMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan pada jam 4.25 petang itu adalah apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm per jam yang hampir atau dijangka berlaku lebih daripada sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujar jabatan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28