Mercun punca bunyi letupan kes gaduh adik-beradik

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Bunyi letupan dalam kes video tular pergaduhan antara adik-beradik di Jalan Batu Kawa-Matang di sini, baru-baru ini bukan berpunca daripada letupan senjata api.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, sebaliknya bunyi letupan itu adalah berpunca daripada bunyi mercun.

"Daripada siasatan serta keterangan saksi yang ada mengesahkan bahawa bunyi meletup itu adalah bunyi mercun yang dibakar daripada pihak yang terlibat dalam insiden pergaduhan itu.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi tanpa fakta sebenar kerana ia boleh menggugat ketenteraman awam dan mengganggu siasatan polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, Abang Zainal Abidin dilaporkan berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis daripada seorang pengadu berumur 30-an mengenai insiden pergaduhan itu pada 22 Februari lepas.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merusuh yang boleh dihukum penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.

"Beberapa orang suspek telah dikenal pasti dan Op Cantas telah dilancarkan untuk menangkap semua suspek terlibat,” katanya. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: