Pameran aset, jentera agensi keselamatan 'tawan' pengunjung

Pengunjung tidak melepaskan peluang menaiki dan bergambar bersama kenderaan aset dari rerurai APM. Foto Bernama
Pengunjung tidak melepaskan peluang menaiki dan bergambar bersama kenderaan aset dari rerurai APM. Foto Bernama
A
A
A

KUALA SELANGOR - Pameran pasukan beruniform negara pada Program Madani Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor di sini, sesak dengan pengunjung yang teruja untuk melihat lebih dekat aset dan jentera agensi berkenaan.

Kawasan di Zon C itu menempatkan reruai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam.

Bagi Mohd Suhaimi Ahmad, 38, cuti hujung minggu dimanfaatkan untuk membawa keluarga ke program yang memasuki hari kedua hari ini, disamping dapat memberikan pendedahan kepada anak-anak mengenai agensi keselamatan negara.

Pengunjung merasai pengalaman mengendalikan senjata dari rerurai ATM. Foto Bernama
Pengunjung merasai pengalaman mengendalikan senjata dari rerurai ATM. Foto Bernama

"Anak saya sempat memakai pakai uniform anggota bomba, dapat bergambar dengan jentera, anak-anak suka dan seronok. Selalu tengok dalam TV sahaja, bila ada pameran sebegini, kita dapat mengetahui banyak perkara, dapat pegang sendiri peralatan yang bomba, askar dan polis guna,” katanya.

Sementara itu, Ketua Cawangan Program Kesedaran Awam JPBM Selangor, Penguasa Bomba Mohd Azlan Mohd Razali berkata, sambutan diterima daripada pengunjung amat menggalakkan, malah lebih 20 anggota bomba yang menyertai pameran itu tidak menang tangan melayan kunjungan orang awam.

Beliau berkata, di reruai JPBM, terdapat pameran jentera pemadam api, peralatan penyelamatan serta pameran ular hasil operasi menangkap reptilia itu.

Artikel Berkaitan:

Anggota bomba menyarungkan pakaian seragam JBPM kepada peminat cilik. Foto Bernama
Anggota bomba menyarungkan pakaian seragam JBPM kepada peminat cilik. Foto Bernama

"Kami juga menampilkan pasukan anggota bomba ‘sado’ yang turut menjadi tumpuan pengunjung. Kami juga menggunakan peluang ini memberi pendedahan mengenai peranan anggota bomba dan juga peluang kerjaya bersama JPBM,” katanya.

Selain itu, di reruai ATM, pengunjung diberikan peluang mengendalikan senjata demonstrasi ATM seperti senapang dan teropong jarak jauh selain dapat bergambar dengan anggota dan jentera.

Program Madani Rakyat Zon Tengah yang berlangsung selama tiga hari sehingga esok, bermula 9 pagi hingga 10 malam, menawarkan pelbagai acara menarik kepada pengunjung antara kaunter bayaran saman PDRM, penukaran topi keledar percuma selain pelbagai perkhidmatan kerajaan.

Pengunjung tidak melepaskan peluang menaiki dan bergambar bersama kenderaan aset dari rerurai APM. Foto Bernama
Pengunjung tidak melepaskan peluang menaiki dan bergambar bersama kenderaan aset dari rerurai APM. Foto Bernama

Program itu adalah kesinambungan kepada Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang menjadi wadah masyarakat mendapatkan maklumat tentang 163 perkhidmatan kerajaan persekutuan, negeri dan agensi berkaitan. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28