Guardiola nyatakan hasrat tinggalkan City

Pep Guardiola. Foto AFP
Pep Guardiola. Foto AFP
A
A
A

PEP Guardiola menyatakan hasratnya untuk mengendalikan pasukan kebangsaan beraksi pada Piala Dunia.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu kini menguruskan Manchester City dan menyasarkan mahkota treble kedua berturut-turut musim ini.

Kontraknya di City akan tamat pada 2025 dan Guardiola memberikan bayangan akan meninggalkan pasukan itu selepas perjanjiannya dengan penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berakhir.

Setelah menikmati kejayaan bersama Bayern Munich dan Barcelona sebelum ini, Guardiola telah berjaya dalam tiga liga utama Eropah dan sebelum ini dikaitkan dengan peluang mengendalikan pasukan kebangsaan.

Pengendali berusia 53 tahun itu boleh memilih untuk mengendalikan negara asalnya Sepanyol pada masa akan datang dan turut disebut sebagai pengurus England.

Bercakap kepada ESPN Brazil, Guardiola berkata: "Sebuah pasukan kebangsaan. Saya ingin melatih pasukan kebangsaan untuk Piala Dunia atau Kejohanan Eropah.

"Saya tidak tahu siapa yang mahukan saya. Untuk bekerja dengan pasukan kebangsaan mereka perlu menyatakan hasrat, sama seperti sebuah kelab," katanya.

Piala Dunia seterusnya akan berlangsung pada 2026 Amerika Syarikat dan Mexico, setahun selepas kontrak Guardiola tamat di City.

Artikel Berkaitan: