Christopher dilantik Pengurus Media Piala Dunia B-17 di Indonesia

Christopher.
Christopher.
A
A
A

CHRISTOPHER Raj satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia bola sepak dalam industri perhubungan awam, operasi media dan penyiaran diberi kepercayaan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) apabila dilantik sebagai Pengurus Media di Piala Dunia Bawah 17 tahun (B-17) di Indonesia bermula 5 November hingga 2 Disember ini.

Pelantikan itu menjadikan Christopher sebagai rakyat Malaysia kedua bertugas di pusingan akhir Piala Dunia, selepas Datuk Seri Windsor Paul yang juga adalah Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang pernah bertugas di venue akhir Piala Dunia Jerman 2006, mengikut jejak langkah guru beliau.

Sebagai pengurus media beliau diberi tanggungjawab di Stadium Menahan Solo dalam memastikan persiapan operasi media berjalan dengan lancar sehingga ke perlawanan akhir nanti.

Sebanyak 14 perlawanan akan diadakan di Stadium Menahan termasuk aksi final yang dijadualkan berlangsung pada 2 Disember ini.

Tiga lagi stadium yang akan melihat aksi pemain muda bertaraf dunia dari seluruh benua ialah Stadium Gelora Bung Tomo di Surabaya, Jakarta International Stadium di Jakarta dan Stadium Si Jalak Harupat di Bandung.

Christopher berpengalaman hampir 20 tahun kerjaya dalam bola sepak selain pernah bertugas dalam beberapa kejohanan antarabangsa seperti Piala Dunia Rusia 2018 dan Piala Dunia Qatar 2022.

Selain itu beliau turut diberi kepercayaan bertugas pada Piala Dunia B-17 India 2017, Piala Asia di Australia 2015, Piala Asia di UAE 2019, Piala Emas CONCACAF Amerika 2019 dan Liga Juara-Juara Asia 2021 dan 2022.

Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Media AFC.

Artikel Berkaitan: