Sila log masuk terlebih dahulu.

Warga Thailand mengaku salah seludup keluar petrol subsidi

21 Februari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 21 FEBRUARI 2024

Seorang lelaki warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Taiping pada Rabu atas pertuduhan menyeludup keluar petrol bersubsidi dari negara ini ke Thailand, Sabtu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.

Tertuduh, Napphon Abdulloh, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu oleh jurubahasa di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.

Mengikut pertuduhan, lelaki yang berasal dari Betong itu didakwa telah meletakkan bahan api petrol ke dalam tangki kereta jenis Toyota Camry bagi maksud membawa barangan terbabit keluar dari Malaysia melalui darat melebihi kuantiti iaitu sebanyak 60 liter.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/650623/berita/semasa/warga-thailand-mengaku-salah-seludup-keluar-petrol-subsidi

#SinarHarian #BeritaSemasa #seluduppetrolbersubsidi #wargathailandmengakubersalah