Wanita ditemui maut dalam kereta berkunci

Mangsa yang berada di tempat duduk belakang cuba diberikan rawatan awal oleh pegawai perubatan yang berada di tempat kejadian, namun disahkan meninggal dunia. Anggota bomba menjalankan operasi dengan membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas. Foto Bomba Perak

A
A
A

IPOH - Seorang wanita ditemui mati dalam sebuah kereta yang berkunci di tempat parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dekat sini pada Selasa.

Keadaan mangsa yang berusia 20 tahun itu dimaklumkan kepada bomba jam 6.07 petang.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyalamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sebaik tiba di lokasi, didapati mangsa terkunci dalam kereta jenis Toyota Camry.

"Anggota terlibat kemudiannya membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas.

"Mangsa yang berada di tempat duduk belakang cuba diberikan rawatan awal oleh pegawai perubatan yang berada di tempat kejadian, namun disahkan meninggal dunia," katanya.

Beliau berkata, mangsa telah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut dan operasi tamat pada jam 6.53 petang.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!