Itali, Perancis dan Greece ketuai misi EU di Laut Merah

EU meluluskan pelancaran operasi ketenteraan Aspides dengan Itali bersedia mengambil alih pasukan itu. - Foto: AP
EU meluluskan pelancaran operasi ketenteraan Aspides dengan Itali bersedia mengambil alih pasukan itu. - Foto: AP
A
A
A

BUDAPEST - Menteri Luar Hungary, Peter Szijjarto pada Isnin mengumumkan misi tentera laut Kesatuan Eropah (EU) yang bertujuan melindungi pelayaran di Laut Merah dan misi itu akan diketuai oleh Itali, Perancis dan Greece.

Sebelum itu pada Isnin, Menteri Luar Itali, Antonio Tajani berkata, EU meluluskan pelancaran operasi ketenteraan Aspides dengan Itali bersedia mengambil alih pasukan itu, lapor Sputnik.

"Hari ini, kami melancarkan misi maritim EU (digelar Aspides)... Ia akan diketuai oleh Greece, Itali dan Perancis... bajet dihadkan kepada €8 juta (US$8.6 juta) untuk tahun pertama," Szijjarto memberitahu wartawan Hungary selepas Majlis Hal Ehwal Luar EU.

Hungary menyokong pelancaran operasi itu dan mengharapkan Amerika Syarikat dan United Kingdom akan bekerjasama rapat dengan negara-negara EU semasa misi itu dilaksanakan, katanya.

Szijjarto juga mencadangkan sebahagian daripada dana daripada Kemudahan Keamanan Eropah digunakan bagi mengukuhkan perlindungan di pantai Yaman. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: