KPWKM pantau isu pempengaruh kanak-kanak

Nancy (tengah) mendengar taklimat mengenai bilik kaunseling di PSSS Transit Rantau Panjang pada Selasa.
Nancy (tengah) mendengar taklimat mengenai bilik kaunseling di PSSS Transit Rantau Panjang pada Selasa.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Isu berkaitan pempengaruh media sosial dalam kalangan kanak-kanak sudah dibincangkan dalam Majlis Sosial Negara baru-baru ini.

Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri berkata, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut disertai beberapa kementerian lain.

Beliau memberitahu, perkara itu akan dipantau bersama termasuk Kementerian Komunikasi dan Digital kerana tidak mahu kanak-kanak terpengaruh dan menolak untuk belajar ke peringkat lebih tinggi.

"Pemantauan bukan sahaja membabitkan aspek itu sahaja tetapi perkara lain yang menggalakkan kanak-kanak terlibat dalam isu ini," katanya.

Nancy tiba di PSSS Transit Rantau Panjang sempena perasmian pusat itu pada Selasa.
Nancy tiba di PSSS Transit Rantau Panjang sempena perasmian pusat itu pada Selasa.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) Transit dekat sini pada Rabu.

Nancy memberitahu, banyak cabaran yang perlu ditangani berkaitan pempengaruh muda kerana ada dalam kalangan mereka yang sudah tidak minat menyambung pengajian.

"Saya tidak bersetuju jika pempengaruh media sosial mengatakan tidak perlu ke sekolah tetapi dapat menjana pendapatan yang tinggi melalui media sosial," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun beliau turut memuji usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming yang berjaya memanfaatkan platform itu.

"Saya kagum dengan Khairul Aming yang memberi nasihat kepada remaja supaya dapat menjana pendapatan tetapi pada masa sama mempunyai ilmu yang tinggi.

"Kanak-kanak mesti belajar dan untuk bergelar jutawan perlu ada strategi," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28