Sila log masuk terlebih dahulu.

Sikap penyewa antara sebab isu tunggakan sewa PPR berlarutan

20 Februari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 20 FEBRUARI 2024

Masalah tunggakan sewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) yang berlaku sejak sekian lama dilihat kian meruncing belakangan ini, dan lebih parah lagi, belum ada penyelesaian setakat ini ditemukan oleh pihak berkepentingan.

Pada bulan Januari lepas, Majlis Bandaraya Seremban (MBS) mendedahkan terpaksa menanggung tunggakan sewa terkumpul berjumlah 2.03 juta ringgit, susulan kegagalan penghuni dua petempatan di PPR melunaskan sewa bulanan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali berkata, dua PPR terbabit ialah Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi dan Rumah Pangsa Kos Rendah Lobak, masing-masing membabitkan tunggakan sewa sebanyak 1.1 juta ringgit dan 930,000 ringgit.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/650412/berita/nasional/sikap-penyewa-antara-sebab-isu-tunggakan-sewa-ppr-berlarutan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #PPR #PA #Culas