Houthi dakwa tembak dron pengintip tentera AS di Laut Merah

Yahya Sarea, berkata dua operasi terakhir adalah serangan terhadap dua lagi kapal Amerika. Foto Reuters
Yahya Sarea, berkata dua operasi terakhir adalah serangan terhadap dua lagi kapal Amerika. Foto Reuters
A
A
A

DUBAI - Pejuang Houthi dari Yaman yang disokong Iran mengeluarkan satu video didakwa sebagai dron milik Amerika Syarikat (AS) MQ-9 telah ditembak jatuh berhampiran bandar pelabuhan Laut Merah, Hodeidah pada Isnin.

Rakaman itu menunjukkan peluru berpandu menuju ke arah udara dan merempuh sebuah objek yang seterusnya memperlihatkan serpihan objek jatuh di pantai.

Pelabagi sorakan, antaranya 'ALLAH Maha Besar', 'kematian kepada Amerika' dan 'kematian kepada Israel' kedengaran dalam video berkenaan.

Jurucakap Houthi, Yahya Sarea berkata, dua operasi terakhir adalah serangan terhadap dua lagi kapal AS.

Sementara itu, New York Times melaporkan Pentagon sedang menyiasat punca jatuhnya dron pengintip tentera AS di pantai Yaman pada Isnin. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: