Sila log masuk terlebih dahulu.

Jurutera conteng 'terrorist' di kedutaan Amerika Syarikat didenda

08 November 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 8 NOVEMBER 2023

Seorang jurutera projek yang menconteng tulisan ‘terrorist’ di tembok bangunan kedutaan Amerika Syarikat kerana tidak berpuas hati dengan konflik yang melanda Palestin, didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Ahmad Ridzwan Al Amin Azman Shah, 23, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Wong Chai Sia.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan, jika gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, pemuda ini dituduh melakukan khianat iaitu merosakkan harta kepunyaan Kedutaan Besar Amerika Syarikat sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM200 iaitu menconteng tulisan ‘terrorist’ menggunakan penyembur cat warna merah.

ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/633599/berita/semasa/jurutera-conteng-terrorist-di-kedutaan-amerika-syarikat-didenda

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #Mojo #SinarTerkini