Emman mahu tampil lebih fantastik

No Image Caption
A
A
A

BEKAS juara Intercommonwealth Melbourne City Wrestling (MCW), Emman Azman akan kembali untuk New Breed II dalam perlawanan di KuAsh Theatre Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur pada 2 Mac depan.

New Breed II anjuran My Pro Wrestling (MYPW) menampilkan bakat gusti tempatan menentang pengusti negara luar seperti Australia dan Singapura.

Dalam perlawanan New Breed II, Emman akan bertarung dengan rakan senegara, Thommy Ardhi dalam perlawanan solo.

Emman berkata, beliau teruja untuk bersaing dengan pemain senegara, Thommy Ardhi dalam saingan perseorangan pada perlawanan New Breed II.

“Acara ini memang besar kerana kami meraikan 10 tahun gusti pro di Malaysia.

No Image Caption

“Thommy adalah orang baharu, jadi Emman berharap dapat menampilkan perlawanan yang berkualiti,” kata Emman.

Selain Emman, juara dunia MYPW, Carlo Cannon dari Australia juga menyahut cabaran dalam kejohanan itu

Artikel Berkaitan:

Emman juga berharap tahun 2024 menyaksikan perkembangan positif sukan lasak tersebut di negara ini dari segi sokongan penonton.

Sebagai rekod, tiket perlawanan New Breed II boleh didapati di myticketempire.com/mypwnewbreed2 pada harga bermula dari RM65 hingga RM100.

Sebagai rekod, Emman sebelum ini cemerlang pada pembuka tirai 2024 perlawanan Renegades of Wrestling selepas menewaskan Robbie Eagles dalam masa 26 minit di Melbourne, Australia pada 25 Januari lalu.