Sila log masuk terlebih dahulu.

Rakyat Malaysia dapat gaji lumayan di Singapura, Brunei

19 Februari 2024 | TikTok
A
A
A
BULETIN TIKTOK 19 FEBRUARI 2024

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menyatakan, kira-kira 66.7 peratus tenaga kerja Malaysia bekerja di Singapura menerima gaji kasar di antara S$1,500 (RM5,330) hingga S$3,599 (RM12,780) sebulan dan 18.5 peratus menerima gaji di antara S$3,600 (RM12,800) hingga S$9,999 (RM35,530) sebulan.

Bagi bekerja di Brunei pula, 41.3 peratus responden yang bekerja menerima gaji kasar bulanan di antara B$1,000 (RM3,550) hingga B$3,000 (RM10,660) dan 43.5 peratus lagi menerima gaji kasar bulanan di antara B$3,001 (RM10,670) hingga B$10,000 sebulan (RM35,550).

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/650334/berita/nasional/diaspora-malaysia-di-singapura-brunei-jadi-pekerja-mahir-atau-separa-mahir

Muzik: Night Rider 87-The Verge dari Artlist.co

#SinarHarian #BuletinTikTok #Gaji #Brunei #Singapura