Rusuhan di Penjara Taiping, polis rakam keterangan 13 individu

Laporan Sinar Harian pada Isnin.
Laporan Sinar Harian pada Isnin.
A
A
A

IPOH - Polis telah merakam keterangan 13 individu bagi membantu siasatan berhubung insiden rusuhan banduan di Penjara Taiping yang menyebabkan tiga warden cedera Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, keterangan diambil daripada lapan banduan berusia lingkungan 24 hingga 45 tahun yang dipercayai terlibat dalam rusuhan itu dan tiga warden yang cedera.

"Kita turut merakam keterangan saksi yang melihat kejadian dan doktor yang merawat warden," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, rusuhan pada 3.30 petang itu dipercayai berpunca daripada provokasi oleh seorang banduan terhadap warden yang kemudian mencetuskan pertengkaran.

Ketiga-tiga warden berusia lingkungan 27 hingga 48 tahun terbabit cuba meleraikan rusuhan di antara lapan banduan yang baru kembali ke penjara itu setelah selesai menjalani kuarantin di Pusat Koreksional Kamunting.

"Mengikut hasil siasatan, seorang banduan bertengkar dengan warden kerana tidak berpuas hati setelah ditegur kerana memprovok warden terbabit," katanya.

Mohamad Nasir berkata keadaan sudah terkawal dan insiden itu adalah rusuhan kecil manakala tindakan yang diambil adalah mengikut prosedur daripada warden.

Beliau berkata,-tiga warden cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Taiping sejurus selepas insiden manakala banduan terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata yang memperuntuk hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan," katanya. - Bernama